Monday, February 9, 2009

ini lah cerita air liur panas

GOSIP
AIR LIUR PANAS
“Gossip” itu lah yang sering kita kita bincangkan pada hari ini yang boleh dikatakan “air liur panas”. Jika didengar seperti lucu namun itu lah yang kita gemar untuk diambil tahu pada masyarakat kita sekarang, malah terdapat rancangan di kaca televesyen yang dapat tonton tentang dunia artis yang penuh dengan kontrovesi. Perkara ini bukan saja berlaku kepada golongan artis, tetapi juga berlaku di tempat-tempat kerja,pelajar-pelajar sekolah dan penduduk kampong mahupun Bandar.
Jika kita memikirkan masalah gosip ini banyak memberi impak yang besar kepada sasaran yang digosip itu kerana ia akan mendatangkan popularriti kepada si dia. Contohnya artis-artis yang mengunakan isu gosip ini untuk menaikkan mana mereka di media-media supaya masyarakat tahu mereka wujud di dunia artis ini, malah terdapat segelintir artis yang bangga serta gah jika nama mereka terbabit dalam isu-isu yang panas. Budaya ini gosip ini pun menjadi gaya hidup pada masa kini malah remaja terutamanya yang suka menggunkan budaya panas ini untuk menjadi glemor atau untuk dimasukkan dalam dunia percintaan mereka menjadi lebih hangat daripada biasa.
Suka duka budaya ini bukan lah mudah dan perkara baik untuk kita amalkan, kerana ia juga memberi kesan yang boleh menjatuh maruah seseorang. Ini akan menjadi masalah utama kerana ia gosip tersebut boleh timbulnya fitnah kepada mangsanya dan yang memulakan isu itu akan mendapat balasan jika diambil dalam konteks agama dan mereka yang memulakan isu itu boleh mendapatkan hukuman daripada undang-undang jika isu itu mengaibkan seseorang hingga menggangu kehidupan dia.
Di dalam islam balasan kepada orang yang memfitnah ini adalah dosa besar kerana dosanya lebih daripada membunuh orang, malah prupamaan kepada orang yang mengumpat pula ialah sesolah-olah adalah sama dengan seperti memakan daging manusia. Oleh itu budaya panas tidak sesuai untuk masyarakat kita amalkan kerana ia mengundang untuk orang mengumpat yang menyebabkab perbalahan sesame sendiri dan menyebabkan orang berpecah belah, dan punca inilah banyak industry di Negara kita berpecah belah terutama kepada politik dan industri seni di Malaysia.
Golongogan yang sering di kaitkan dengan budaya panas ini juga adalah golongan wanita, seperti kita tahu juga golongan wanita suka bergosip, namun pada masa sekarang tidak lagi golongogan lelaki juga terlibat dalam industri panas ini. Pada hari ini wartawan juga lebih menumpukan isu-isu panas untuk gempar gempurkan supaya bahan bacaan mereka menjadi tumpuan masyarakat dan saluran media mereka akan megah dangan isu-isu seperti ini.
Trend masa kini dalam rancangan televesyen akan mengunakan isu gosip untuk meneingkatkan tahap popularity dan bersaing dengan rancangan lain untuk menarik lebih ramai penonton. Kita boleh tahu juga bahawa masyarakat sekarang juga tahu akan dunia artis , masalah artis, perkembangan artis dan kehancuran artis tersebut adalah berpunca daripada budaya panas ini, malah kita sering menungu rancangan seperti ini setiap minggu untuk mendapatkan perkembangan baru tentang artis terutamanya.
Namun kita perlu mengambil kira mangsa yang terkena gosip tersebut, kerana kemungkinan isu yang dikaitkan dengannya akan menggangu perjalan kehidupan nya dan dia tidak mampu untuk menerima kritikan tersebut.
Budaya panas ini bukanlah untuk kita menyalahkan mana-mana pihak untuk bertangungjawab dan bukan lah kita menggagap orang yang sering bergosip ini mempuyai air liur panas tetapi isu panas ini ada keburukan dan kebaikan untuk pihak yang terkena tempias isu gosip itu. Namun jika tersilap langkah ia akan mengundang bahaya,dan bagi semua lapisan masyarakat tidak kira sesiapa mahupun pelajar isu air liur panas ini boleh mengaibkan orang lain, oleh demikian kita renung-renungkan.

4 comments:

  1. Ok, Terima kasih. Bagus. Bagus. Persembahan yang menarik. Saya nampak feel awak. Itu yang bagus. Tapi ada certain2 part yang pitching awak lari la. Bukan sikit, tapi banyak. Awak lupa lirik lagi. Awak tak training dulu ke? Cube improve timing awak, suara kena jaga, nafas awak dan banyakkan latihan, ok? Apa2 pun, Welcome to Hollywood...=)

    ReplyDelete
  2. wa...pandainye tasnim bagi komen,,clap2!

    ReplyDelete
  3. hehe...best eh...
    Tahniah! antara artikel yg akan msk buletin AM..
    jgn lpk ari senin tok ringkaskan n brk ngan aku..
    berik real life pics skali, ok?...
    TQ...

    ReplyDelete
  4. usaha ya bkn dr mata tp dr hati yang tulusssssssssssssss

    ReplyDelete

Home | Car Sport | Car Indonesia | Rider | Wallpapers | Top Ponsel | Free Wallpapers | Top HandPhone | Hotel |